Want your
own Fotopage?








 
sofie-fiza's FotoPage

By: rafizah nordin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 18-Jun-2008 11:23 Email | Share | Bookmark
Tat Kastad syedapppp

Hari ni aku buat kueh tat pulak...
Hai entahlah kenape ekkk... sejak akhir-akhir ni suker sangat ke dapur.
Ade-ade je resipi yang aku nak buat...
Pada sesiapa yang nak cube wat tat ni, resipinya ada di sini.
Selamat Mencuba...



Bahan-bahan

250 gram butter/marjerin
120 gram gula aising
2 biji kuning telur
500 gram tepung gandum - diayak
2 penutup esen vanilla

Kastad

2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung kastad/jagung
5 sudu besar gula pasir
2 cawan (500ml) susu segar
1 biji telur
1 sudu besar mentega

Cara Membuat Doh

>> Semua bahan disatukan. Uli sampai menjadi doh yang tidak melekat di bekas dan di tangan. Kalau masih melekat, tambahkan tepung gandum sedikit-sedikit.

>> Panaskan oven 170 c.

>> Canaikan atas papan pencanai. Terapkan acuan mengikut menjadi seperti ini.



>> Seletkan marjerin pada permukaan acuan supaya doh tidak melekat dan senang ditanggalkan bila dah masak nanti. Cucukkan dengan garfu supaya nanti bila dibakar, doh tak menggelembung. Bakar selama 20 minit atau sehingga kekuningan.

>> Keluarkan dari oven. Tunggu sejuk sedikit barulah dikeluarkan dari acuan.

Cara Buat Kastad

>> Di dalam periuk satukan semua bahan. Kacau sebatikan. Telur hendaklah di pukul seketika dengan garfu terlebih dahulu. Tepung yang bergentel mesti larutkan bersama bahan lain dahulu.

>> Kacau adunan atas api perlahan. Adunan ini tidak boleh ditinggalkan. Mesti kacau sentiasa sampai likat. Proses ini mengambil masa lebih kurang sepuluh minit. Bila sudah lkat, boleh tutup api dan biarkan sejuk.

Dengan menggunakan piping, paipkan kastad di atas tat yang sudah siap dibakar. Hiaskan dengan coklat cip di atasnya. Boleh juga letakkan hirisan buah peach, nenas atau ceri. Ikut kreativiti dan selera sendiri.

~ Selamat Mencuba ~





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net