Want your
own Fotopage?







 
sofie-fiza's FotoPage

By: rafizah nordin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 10-Jun-2008 14:34 Email | Share | Bookmark
CHEESE CAKE MUDAH & MURAH TAPI SEDAP... GEBU...



Bahan-bahan

* 4-5 keping slice cheese (cheese yg makan dgn roti tu...)
* 200 ml susu segar
* 70 gram butter atau marjerin
* 70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
* 70 gram gula
* 4 biji telur
* beberapa titik esen vanila

Cara-cara

1. Carik-carikkan kepingan cheese menjadi kepingan kecil dan campurkan dengan susu segar. Masak dalam periuk dengan api perlahan sampai cheese cair. Selalu dikacau.
2. Masukkan butter. Kacau lagi hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
3. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.

* nak tahu dah jadi meringue ialah apabila adunan telur putih dan gula itu bertukar warna putih krim. Bila diterbalikkan mangkuk, adunan itu tidak tumpah.
Contoh dalam gambar:


[i]Mangkuk diterbalikkan tapi adunan still stay...

4. Dalam bekas lain, pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan dalam adunan cheese tadi.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi. Pastikan adunan tidak berketul.
6. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata.

*glis acuan kek dengan marjerin. Boleh juga alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek dalam acuan .

7. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit. Gunakan acuan kek berukuran 20cm.

* Letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar - cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.

8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.

Kek ini lembut dan ringan. Tak rugi mencubanya.[b]


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net