sofie-fiza's FotoPage

By: rafizah nordin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Saturday, 31-Oct-2099 12:00 Email | Share | | Bookmark

Salam... nak buat pengumuman penting ni.... Saya sudah berpindah ke 'rumah' baru di

http://fizanordin.blogspot.com

Kepada anda yang sudah ada di sini silelah lajakkan jengukkan anda ke 'rumah' baru saya ni okey...


Wednesday, 21-Oct-2099 15:34 Email | Share | | Bookmark

ANDA JUGA DIJEMPUT KE...

http://sofiezaisqandar.blogspot.com

TERIMA KASIH


Wednesday, 29-Oct-2008 00:53 Email | Share | | Bookmark
Isnin yang sibukkkk

Pagi ni buat sarapan ala-ala western le konon. Tapi so simple as possible je lah... while aku merenih sup capmbell kegemaran anak-anak dan kacang peas, en somi sibuk pula mericeh kobis, salad dan karot untuk buat coleslaw. Aku bagi arahan nak letak apa, dia bagi arahan kat anak2 soh amik barang dalam peti sejuk . Yang dua orang tu pula berebut2 nak g amik barang yg disuruh papa dorang. Sampai gaduh2...
Syiok jugalah... biler sume di dalam rumah amik part nak sediakan sarapan. Rasa bahagia sangat...



Pukul 1.30 petang kami keluar dari rumah untuk ke rumah Sue. Memenuhi undangan ke Close House aka Port Luck. Kali ini aku bawak Cream Puff. Krimnye coklat. Aku lupe nak snap gambo. Sampai umah Sue dah lambat. Kawan2 sume dah kekenyangan dan dah sedia nak ke rumah Yatie pulak. Tapi ada jugak bagusnya lambat sbb aku dapat bertemu mata dengan Wilda aka Biboo. This is our 1st meet...




Ni lah gambo kat umah Yatie. Spageti sos dia... wallahhhhhhhhhhhh. Kalau dia tak sound pasal ade trip malam tu, sure aku bekal bawak balik.





Time kasih banyak2 pada tuan rumah sbb spend tempat, masa dan makakan untuk kami. Seronokkkk


Sunday, 26-Oct-2008 13:27 Email | Share | | Bookmark
Brownies @ Mamafami's Recipes

Buat ini juga untuk kenduri cukur jambul Putra...



Quote:


Bahan2

250g butter (saya gunakan marjerin)
1 1/2 cwn gula
4 bj telur
2 s/b esen vanila
1/2 t/s baking powder
1 cwn tepung gandum
3/4 cwn serbuk koko
1/2 cwn chop nut / hirisan badam / coklat cip dsb. (saya taburkan badam hancur)

Cara2

Cairkan butter di atas api perlahan. Padamkan api. Masukkan gula dan biarkan sebati dengan butter. Ketepikan.

Dalam bekas lain, pecahkan telur dan letak esen vanila. Sebatikan dengan menggunakan whisk.

Tambahkan tepung, baking powder dan serbuk koko. Taburkan chop nut / hirisan badam / coklat chip dsb sebelum dibakar.

Gunakan loyang 7". Bakar 25 - 30 minit pada suhu 180c.

Thanks mamafami...resipi yg sedap...


Sunday, 26-Oct-2008 13:00 Email | Share | | Bookmark
Kek Lapis Pandan

Buat ini sebagai buah tangan untuk Kak Loy sempena kenduri cukur jambul untuk anak dia (anak angkat aku) Mohd Shah Putra...



Quote:
Bahan2 untuk kek span

5 biji telur Gred B / 4 biji Gred A
250g tepung sponge mix
1 sb ovallete
60 ml minyak jagung (saya pakai minyak masak biasa aje)
1 st pes pandan

Cara2
Panaskan oven.
Pukul sponge mix, telur dan ovallete pada kelajuan tinggi hingga gebu dan pekat.
Masukkan air, pes pandan dan minyak. Pukul pada kelajuan rendah hingga sebati.
Bakar +- 25-30 minit.
Biarkan 5 minit dan terbalikkan.
Setelah sejuk potong kek pada tiga lapisan. (saya potong 2 lapisan sahaja)

Note: Saya menggunakan loyang yang besar bersaiz 9" membuatkan kek span saya nipis dan tidak boleh dipotong 3. Seeloknya gunakan loyang bersaiz 7".

Bahan2 untuk kastad

800ml santan
(aku letak 250ml santan kotak dan selebihnya tambah air)
4 helai daun pandan - diblender dgn air campuran santan (saya pakai perasa pandan 2 s/b)
1 s/b serbuk agar-agar
1 cwn gula
8 s/b tepung Hoen Kwe warna hijau (saya pakai warna kuning.warne ijau tak jumpe...jadi tambahkan pewarna hijau dalam bancuhan nanti sebanyak 1/2 penutup)
Garam

Cara
Masukkan semua bahan dalam periuk dan digaul rata. Hidupkan api perlahan. Adunan hendak sentiasa dikacau. Apabila adunan menjadi pekat dan likat segera tutupkan api.

Langkah demi langkah untuk melapis ini perlu dilakukan dengan cepat kerana kastad cepat mengeras.

Sendukkan beberapa senduk ke dalam loyang (seeloknya gunakan loyang digunakan untuk membakar kek tadi). Ratakan adunan kastad dan lapiskan dengan satu lapisan kek. Ulang langkah ini hingga meletakkan lapisan kek yg ketiga.

Bagi lapisan kek yg ketiga, bahagian atasnya tidak perlu dituangkan adunan kastad lagi kerana apabila diterbalikkan setelah kastad mengeras nanti, lapisan ketiga itu adalah bahagian dasar kek.

Ada faham??? Kalau tak faham...

Lu orang fikirlah sendiri... Assalamualaikum...


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net